Tukar Status

Sunday, 12 November 2017

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.



Pertama sekali.



AKHIRNYA RINDU BLOGGING, TERUBAT!

*nangis dalam hati*




Pernah aktif blogging sekitar tahun 2012-2014. Akhirnya ketepikan blog sebab time tu nak fokus pada kehidupan final year di universiti.Tapi, akhirnya terpaksa ketepikan blog terlalu lama sehingga tak pasti bagaimana nak dapatkan mood blogging balik macam mana. Habis je universiti, rasa hectic nya life bila sibuknya mencari-cari peluang kerja. Jadinya langsung tak tergerak jari jemari nak menaip semula.



Nak dipendekkan cerita.

Tup tap, tup tap.



Alhamdulillah. Akhirnya khayla dipertemukan oleh Allah dengan seorang lelaki yang sangat istimewa & kami telah disatukan dalam ikatan pernikahan yang direstui kedua-kedua belah pihak keluarga.*rasa sebak, syahdu & syukurnya bila fikir balik*



Okay.

Dipendekkan cerita lagi.




Alhamdulillah. Kami juga telah dikurniakan zuriat seorang puteri yang sekarang ni berusia 4bulan 8hari.Yang buat jadi terdetik dihati nak blogging balik ialah mula-mula sekali sebab... suami khayla lah yang selalu bagi galakan. Suami khayla tak pernah baca blog. Tapi, suami khayla tahu khayla memang suka menulis, menaip dalam blog waktu khayla single.



Dalam erti kata lain, suami khayla tahu khayla suka bercerita. Dan suami rasa blogging adalah salah satu medium untuk khayla bercerita & berkongsi sesuatu pada umum.



ALHAMDULILLAH.




Teruja nak mula blogging semula ni.



Jam menunjukkan pukul 2:37 AM. Puteri syurga ummi & abi sedang lena di dalam katil buai. Maksudnya dah tak lama lagi puteri syurga ummi & abi berkemungkinan akan bangun untuk minta disusukan...



Tidur dulu.




Terima kasih sudi baca.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © KHAYLA JAYYID | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in